This is us!

Bismillahirrahmanirrahim..
                            In the name of Allah, the most gracious and the most merciful.

         Assalamualaikum and hey wasup guys! Long time no see maa mihihi. Lama tak update blog, hampir setahun jugaklah. Katanya lepas habis spm baru nak update and ya, tup tup dah pun habis spm. Allah cepat betul masa berlalu..
         Ma tittle post today "this is us" guess what is about? Hehe well, i will story mory bout ma friendship! Who is it? It's.....najibah hamizah chiey alia udin nazrul akim aqmar hajid rohaidin afiq and the others! Macam yang aku sebut tadi, masa berjalan begitu pantas.
         Cerita dia bermula bila aku pindah sekolah sekitar lima tahun yang lepas, waktu tu aku berumur 12tahun. Yakni darjah enam. Masa darjah nam dulu aku sekolah dekat Sekolah kebangsaan bandar tun razak keratong, pahang. Walaupun setahun je aku menetap kat sekolah tu, tapi taktau kenapa rasa macam dah lama je duduk situ. Rasa macam dah lama berkawan dengan diorang semua. Aku rasa macam dihargai sangat sangat masatu, kawan kawan kat situ baik sangat. Kalau nak diceritakan apa yg dorang buat Allah mahu 10 post pun belum tentu cukup tau! Haa nampak tak dia punya baik nya macam mana haha. (wey korang bangga la sikit aku puji ni hahaha)
         Lepas je habis upsr, maka berpindah lah kami semua masuk alam sekolah menengah membuat hala tuju masing masing. Aku? Pindah segamat semula. Walaupun kebanyakkan dari kitorang semua tak sekolah sama sama lagi tapi our friendship never die. Maklum lah satu kampung kan.
Nak tahu apa yang menarik nya tentang persahabatan kami?
        Dulu rutin harian kitorang semua lepas balik sekolah; main baling selipar, panjat pokok, main jongkang jongkit ramai ramai atas satu papan tu dengan bermacam style dan gaya, main nyorok nyorok, pergi balik sekolah naik basikal and everything lah. Antara banyak banyak game yang ada, game yg paling femes dikalangan kitorang ialah game baling selipar. Haha zaman kitorng masatu bukan macam zaman moden sekarang. Waktu tu kitorang takda gajet, jadi tiap petang kitorang akan main semua jenis permainan tadi tu secara bergilir. Lepastu tiap hari kene marah dengan mak ayah sbb balik maghrib. Pakat kene tarik telinga semua hahahaha kelakar gila ok bila diingat balik.
         Tahun demi tahun lepas aku tinggal kan kampung tu, our communication taklagi serapat macam dulu. Tapi apa yang membuat kan aku appreciate gila kat dorang semua, dorang takpernah lupa nak wish birthday aku. Bila birthday aku je, all of them kumpul then call. All of them was like..
*nyanyi lagu birthday*
"Happy birthday syakiraaaaaa!"
"Wey bila kau nak datang sini lagi?"
"Rinduuuuu laaar"
And i was like;
"Ya Allah! Terima kasih... Baiknya korang ni. Aku pun rinduu sangat kat korang! Insya Allah bila bila nanti kita jumpa tau"
Ni lah antara kata kata dorang yang takpernah diorang tak sebut bila call wish birthday haha!

5 tahun berlalu.. 5tahun berpisah..

Now, all of us dah pun berumur 17tahun. Spm pun dah habis..

Tiba tiba terdetik hati nak jumpa ma geng baling selipa dulu, then masatu jugak i was decide to meet them.

28 November 2014--

Andddd..... Tadaaaaaaaa!



          Nilah geng baling selipar aku dulu! Besar dah dorang semua ni. Dulu semua pendek pendek, selekeh selekeh belaka kan nazrul kan.. kan udin akim aqmar jibah mizah kan kan hahahaha ok ok ampun naz ampun takbuat lagi hahaha
          Bila jumpa tu taktau nak cakap macam mana diorang punya gila masha Allah makin menjadi jadi! Hahaha senak perut gelak sakan dengan dorang. Even tak semua yang ada tapi aku cukup happy dapat jumpa diorang.
          Berejam lepak dekat taman tu sama sama berborak panjang melepaskan rindu. Bertanya tentang khabar, bertanya tentang hala tuju masing masing lepasni. Paling penting, bertanya tentang kawan kawan yang lain. Kawan yang lain? Ada yang dah masuk tahfiz alquran, yang dah kahwin pun ada tau! Tekezut mak bila dengar haha tak apalah, tu namanya jodoh awal. Apa pun aku doakan dia bahagia dunia akhirat.





(Ni lah taman baling selipar kitorang dulu hihi)

Tak cukup sehari jumpa, dorang buat permintaan nak jumpa lagi. I was like, emmm ok kita jumpa esok!
"Esok malam kita semua jumpa buat BBQ nak?"
Ni lah planning diorang.
Taktau nak describe macam mana betapa baiknya diorang ni siap nak buat BBQ lagi huwaaaa seronok betul ada kawan macam ni.

29 November 2014--

Tepat jam 8.45malam.
Terdengar suara manis sahabat kesayangan najibah dan hamizah kat rumah;
"Assalamualaikummm, syakiraaaa aa"
Allahu ya rabb, mulia betul hati sahabat aku ni, jemput aku dari rumah lagi redah hutan lecak lagi tu kan kakcik kakngah! Haha big thankyou to both of you. Nak nangis je rasa..
        Jam 9malam, kitorang start hidupkan api for our BBQ! Mulanya nak bakar satay cause one of ma members anak tauke satay haha tapi disebabkan masalah teknikal they are decide to do hotdog bbq. Ingatkan buat hotdog bbq je tapi ada kentang goreng ada nuget goreng ada air, memang terima kasih gila la dekat nazrul sebab dia la yang bertungkus lumus buat semua tu. Udin akim korang bedua like a boss je aku tengok kat kerusi kan! Kecik beso kecik beso je mata nazrul tengok engkorang tau hahaha

(dari sini kita boleh nampak ada 2org makhluk bersenang lenang atas kerusi tu. Tuuu hahaha)

        Nak tahu tak apa yang membuatkan aku rasa serba salah sangat dengan diorang? Diorang sanggup tak tengok bola semata mata nak buat bbq ni. Malaysia vs Singapore masatu. Serbaa salahhh sangat. Tapi diorang cakap;
"Alah takpelah, bukan selalu kau ada sini"
Kenapa baik sangat niiii
    

         Taklama lepastu, siap je bakar hotdog kitorang pun duduk berborak satu meja. Yang bertambah kelakarnya, hotdog tu takde rupa ok hitam legam hahahahahaha takpe lah tetap sedap tau hahaha adoi..Jujur aku cakap, kalau berborak dengan dorang memang senak perut sbb taktahan gelak. Ada je benda yang nak dibahan digelak gelak kan. Hahaha dorang ni memang cukup kelakar sengal sewel omg package! semua ada lah.
         so here's there are some picture from us.








(maaf, berlaku sedikit pertelingkahan hahaha)


           And finally, sedar tak sedar dah macam karangan menjela jela aku bercerita. Mesti dapat A+ kan kalau buat dalam karangan bm spm ni heh.
Buat sahabat sahabat kesayangan aku sekalian..
           Jutaan terima kasih atas jasa budi baik awak awak semua. Awak semua cukuplah baik, seronok sangat dapat kawan macam awak awak semua ni. Lepasni even kita dah jauh tapi percaya lah aku tetap akan ingat korang, aku tetap sayang korang. Kemonla kita kan kawan! Bak kata udin "kawan until jannah" hahaha ada ada je ko eh udin.

  Last but not least, buat chiey sayang, aku tahu beb kau nak join kitorang masatu. Tapi last minutes kau kene balik kampung. Sedih bila kau wasap mengadu dekat aku yang kau takdapat join tapi nak sangat join. Sedih sangat.. sebab kau juga adalah antara orang yg paling aku rindu. Sehari sebelum our planning kita nak jumpa tu we was like "tak sabar nak jumpa nak peluk ketat ketat!" last last takdapat jumpa. Ni kali kedua kita nak jumpa tapi tak dapat kan chiey? tapi tak apalah, nak buat macam mana lagi. Perancangan Allah jauh lebih baik, insya Allah oneday nanti kita jumpa ya? Im promise that if we meet i will hug you as ketat as i can awwhhhhh haha dont be sad ya? Trust me, that i love you and i miss you more than even you love and miss me chiey. Youre ma bestfriends since we meet until now.. Your picture that you gimme 5years ago im still keep it, its save on my album photo.

For najibah, well now youre so pretty sayang. Bukan dulu tak pretty tak tak sekarang lagi bertambah pretty nya tau! Haha Kirim kan salam sayang buat ummi dengan semua ya! Lepasni jadi babysiter yang budiman tau. Persediaan awal sblm dapat anak nanti kan kan ammmboi hahaha lek lek
For hamizah, mizah ni sekali kita pandang awak macam siti nurhaliza sekali lagi pandang macam awek korea pun ada tau haha natural je muka tu suka tengok. Sopan pulak tu.. Even youre not using fb twttr wasap like people nowadays, but trust me youre so awsome.
For udin, haih aku taktau nak cakap ko ni acanne. Selama ni aku takde kau ambik dos ubat telebih sangat ke acanne tu? Sekarang bukan main sengal lagi eh ko hahaha apa pun kau tetap cool beb. Badan tu sihat sangat la din, tak comel mohon diet ok hahaha tak tak gurau je.
For nazrul, naz ni lah abang paling sado dan bergaya (ni kalo udin akim aqmar baca mau tekucil diorang gelak hahaha) apa pun lepasni kau boleh la meng-sado kan lagi eh sbb dah masuk plkn. Jaga lah diri baik baik kat sana. Apa yang kau pesan kat aku malam sebelum kita semua nak berpisah tu aku akan ingat. Aku doakan segala impian kau tercapai.
For akim, taktau la nak cakap apa tiba tiba je takda idea. Ni semua salah udin! Hahaha. Apa pun aku doakan kau berjaya dalam hidup kau. Belajar rajin rajin tau! Kau memang baik akim..
For aqmar, ahhh budak ni. Mula mula bukan main malu malu beruk lagi kau dengan aku last last kau juga yg beruk dengan aku yaaa keje ko gelak kan aku je kan geram betul aku haha dah, cuti ni jaga kedai elok elok, nanti kalau aku datang ko kene bagi diskaun lebih. Ah tak kire aku nak jugak haha!



          Terima kasih untuk segala galanya kawannn.. Andai aku ada buat salah, aku betul betul nak mintak maaf dengan korang semua selama kita jumpa ni. Jaga diri jaga iman paling penting jaga solat ya. Moga awak semua dalam lindungan Allah selalu. Allahu yubarikfik, moga Allah memberkati hubungan persahabatan kita semua. Insya  Allah umur panjang kita jumpa lagi kat tempat biasa ok? kali ni aku nak paksa korang main baling selipar macam dulu! haha :)

I love you guys to the moon and back
Big smile, big love and big thankyou for you guys!

Ikhlas dari sahabatmu,
Syakira.

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan coment anda disini ye! thankyou :-*