''Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata kata kita.''
nasihat seorang ibu buat anaknya
''Saya tahu itu salah, ibu. Tapi saya akan cepat meminta maaf. Itu satu kelebihan juga ibu,''
balas si anak.
''Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku''
kata ibu itu lagi.
''Saya rasa tidak, selepas meminta maaf segala galanya langsai, ibu.
Si ibu berfikir sejenak. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya dari sifat buruk ini?
''Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu ini. Moga kamu akan fahami maksud ibu nanti.
Tanpa membantah, anak itu setuju.
''Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke diinding ini. Kemudian setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu.''
''Baiklah ibu.''
Beberapa bulan berlalu.. Mereka bersama sama menghadap dinding tersebut.
''Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?'' ujar si anak dengan bangga.
''Semuanya telah dicabut, memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya meminta maaf.''
''Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan.. tapi sedarkah kamu......?''
''Maksud ibu?'' wajah si anak kelihatan hairan.
''Cuba kamu tengok di dinding ini. Semuanya sudah berlubang, calar dan berkematu. Itulah hati hati yang telah kamu sakiti. Walaupun kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk kamu itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku.''
Si anak merenung dinding yang berlubang lubang itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya.
''Begitukah hati hati yang telah aku sakiti?''
Pengajaran;
Meminta maaf adalah perbuatan terpuji akan tetapi berusahalah agar kita tidak terpaksa meminta maaf. Berusahalah menghindarkan diri daripada menyakiti hati orang lain. Sungguh, sifat itu jauh lebih terpuji. Ya, luka di hati itu lebih sukar diubati daripada luka di tangan.