Kebergantunganku.

In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful
                                                           Assalamualaikum wbt.


Hehee.. lama kan saya menyepi? sepi saya membawa satu soalan.



Ce teka apa hikmah Allah hilangkan orang yang kita sayang dari kita?

.
.
.
.
.
.
.
.
.


Saya pernah mengajukan soalan yang sama kepada kawan saya. Jawab beliau, “Sebab Allah nak tunjukkan yang tak semua benda kita sayang tu milik kita.”

“Bingo! Betul betul betul.. Tu salah satu hikmahnya. Tapi harini saya nak fokuskan bahawa hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah”, balas saya dalam perbualan kami di sebuah kedai makan tempoh hari.

  
‘Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya pada Allah’

  
Kembali melihat diri, dalam kehidupan seharian, kita sering bergantung kepada manusia lain. Iya kan.? Kita nak duit, kita minta pada ayah kita. Kita sedih, kita cari mak kita. Kita putus cinta, kita cari kawan baik kita. Kita happy, kita celebrate dengan pasangan kita.

Hikmahnya macam tu lah. Bila kita dah biasa berharap pada manusia, sampai masa Allah hilangkan mereka dari kita, kita akan rasa “Waaaa.. I dah kehilangan tempat bergantung uols”.

Padahal, Yang Maha Memberi itu adalah Dia. Yang Maha Mendengar itu adalah Dia. manusia ni sebagai medium je. kalau betul kita hanya bergantung pada Allah, kita takan sedih bagai nak rak, bertahun-tahun, robek-robek dada bila orang yang kita sayang tu pergi dari kita. sebab kita ada strong faith yang Allah tetap ada untuk kita. Allah takkan pernah hilang. dan tempat bergantung kita takkan pernah kurang.

Bukanlah kata saya kita tiada ruang untuk bersedih saat orang tersayang lenyap dari hidup kita. Ya, kita ada hak untuk bersedih. Rasul kekasih Allah juga bersedih tetapi biarlah kesedihan itu berpada-pada.  dan pada saya, bila kita selalu mengajar diri untuk tidak terlalu meletakkan pengharapan seratus peratus pada manusia sekeliling, kesedihan itu tidak akan berpanjangan dan dapat di kawal.

Sementara itu, saya ada lagi satu soalan.

Siapa manusia di dunia ini yang paling kuat hatinya?

Ya, sudah tentu Rasulullah bukan? Jom kita perhati kembali kisah-kisah hidup yang berlaku pada baginda yang berkait rapat dengan penulisan saya kali ni.

Ketika baginda dilahirkan, baginda tidak dapat pernah merasa kasih sayang seorang bapa, Abdullah. pada umur kanak-kanak, baginda kehilangan lagi kasih sayang seorang ibu, Aminah. nasib baik ada datuk, Abdul Mutalib dan bapa saudara, Abu Talib yang penyayang. tidak lama selepas itu, datuk kesayangan pula pergi lenyap dari hidup baginda. tinggallah baginda bersama-sama bapa saudaranya sehingga ditemukan jodoh oleh Allah dengan seorang perempuan hebat, Khadijah. tetapi kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila isteri tercinta lebih awal pergi menghadap Ilahi dan sekitar masa yang sama, bapa saudara tersayang juga pergi tanpa pernah mengucapkan syahadah.

Hebat. Sungguh hebat dugaan yang Allah berikan kepada kekasihNya. Untuk apakah dugaan-dugaan sebegini diberikan? Jelas untuk mengajar baginda supaya tidak meletakkan kebergantungan kepada manusia yang baginda sayangi. sebab itu orang tersayang baginda diambil Allah silih berganti. Ia mengajar baginda untuk meletakkan pengharapan hanya padaNya. Sebab itu juga, hati baginda menjadi kuat. menjadi sangat kuat melalui hikmah-hikmah sebegini.



Justeru (justeru gittew :p) untuk menjadi kuat seperti baginda, ayuh kita belajar untuk redha dalam setiap kehilangan dan memandang kepada hikmah dalam setiap dugaan.  Dan sentiasa remind diri, kebergantunganku seratus peratus hanyalah kepada Allah. Annyong!

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan coment anda disini ye! thankyou :-*