Dengan seminit?

                      In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.
Salam to all readers!


Setelah sekian lama saya tidak meng-update blog, and alhamdulillah harini dapat jugak saya update. Dengan seminit? apa yang boleh kita buat? Yup, tidak banyk kita boleh buat dengan seminit. Dalam satu minit kita hanya sempat :

  • Berzikir ''SubhanAllah Hiwabihamdih'' sebanyak 100 kali.
    ''Sesungguhnya sesiapa yang membaca subhanAllah hiwabihamdih sebanyak 100 kali pada setiap hari, maka berguguranlah dosa dosanya meskipun sebanyak buih di lautan'' (Riwayat al-Bukhari Muslim)
  • Atau berzikir ''SubhanAllah Hiwabihamdih SubhanAllah Hil azim'' sebnyak 50 kali.
    ''Inilah dua ungkapan yang ringan pada lisan, berat pada timbangan dan disukai Allah ar-Rahman'' (Riwayat al-Bukhari Muslim)
  • Atau berzikir ''La haulawala Kuwwata Illa billah'' sebanyak 40 kali.
    ''Sesungguhnya ini antara ucapan yang tersimpan dalam khazanah Syurga'' (Riwayat al-Bukhari)
  • Selain berzikir, kita boleh berselawat sebanyak 30 kali.
    Kalau sekali kita selawat, Allah selawat untuk kita dengan 10 kali. Maka , 30 kali jadinya 300 kali kita mendapat selawat Allah swt.

  • Atau membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 15 kali.
    Kalau kita baca sekali seumpama 1/3 al-Quran, maka dalam seminit 5kali kita mengkhatamkan Al-Quran.

  • Atau membaca 5 kali Surah al-Fatihah.
    Inilah Surah teragung dalam al-Quran. ''Hendaklah aku ajarkan kamu satu surah yang merupakan surah teragung dalam al-Quran? Iaitu Alhamdulillahi rabb al-alamin. Ini tujuh ayat yang berulang-ulang beserta al-Quran agung yang kau terima'' (Riwayat al-Bukhari)

  • Atau memberi salam dan berjabat tangan dengan 5 orang.
    Rasulullah menjelaskan : ''Demi jiwa dalam kekuasan-Nya, kamu tidak akan masuk Syurga sehingga kamu beriman. Kamu tidak dikira benar bena beriman sehingga kamu saling berkasih sayang. Mahukah kamu aku tunjukkan satu amalan yang jika kamu amalkannya, maka kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah salam diantara kamu''

    Ucapkanlah salam kepada saudara kita seikhlas dan setulus perasaan. Bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Barulah perasaan ukhwah dan kasih sayang subur dan tersebar In sha Allah..

  • Atau membaca 2 helai halaman daripada majalah bermanfaat.
  • Atau membaca sehelai halaman Al-Quran.
  • Atau mendapat Redha dan Restu ibu bapa dengan menelefon dan bertanya khabar mereka.


    Ya!
    ''TIDAK BANYAK'' yang boleh kita lakukan dengan seminit kan? Alhamdulillah, Semoga post saya kali ini bermanfaat. Selamat beramal :D

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan coment anda disini ye! thankyou :-*