Wudhu'


In the name of Allah the most Gracious and the most Merciful.
Salam to all readers. 
---
Wudhu?kenapa?ada apa dengan wudhu?jom baca cerita pendek saya pada hari ini.here we go! 



      Farah membuka kain telekung lalu dimasukkannya ke dalam beg setelah selesai melaksanakan solat Asar berjemaah di Masjid Bukhari, Alor Setar. Syiffa yang menemaninya pula sedang bersila di suatu sudut, sibuk membetulkan letak tudung labuh krimnya di hadapan cermin.

"Dah siap dah?" Tanya Syiffa apabila terpandang refleksi Fara pada cermin yang sedang ditatapnya.

"Dah, tapi kau tunggu jap eh. Give me a few minutes, I will be back"
Syiffa menoleh melihat sahabatnya, hairan.

"Kau nak pergi mana?"

"Aku nak pergi ambil wudhu jap." Ringkas Farah balas sambil berjalan ke arah pintu masjid.

"Eh Fara!"


Belum sempat Syiffa meneruskan kata, Fara sudahpun belari-lari anak keluar dari pintu masjid lalu menuruni tangga.

"Mana lah ada orang buat solat sunat lepas Asar. Buat apa lah dia ambil wudhu." Syiffa bercakap seorang sendiri lalu disarungkan handsock di lengannya.

---

Selesai berwudhu, Fara kembali ke ruang solat Muslimat. Kelihatan Syiffa sedang duduk bersila di saf ketiga, menghadap kiblat sambil membaca sesuatu.
"Puan Hajjah baca apa tu", Fara mencuit lembut pinggang Syiffa membuatkannya terlopong seketika.

"Oh mak hang balik haji ! Eiii, kau ni fara. Aku ni bukan Facebook untuk kau poke-poke bagai! Nak poke pun greeting lah dulu, bagi salam ke."

Ketawa.

"Mak siapa balik haji weh. Mak kau yang pergi haji tahun ni." Balas Fara tersengih.

"Come on now, we gotta get going" sambung Fara. Fara bangun lalu dihulurkan tangannya kepada Syiffa yang masih bersila.

"Hold on, aku nak tanya kau sesuatu." kata Syiffa.

"I'll answer later, letggo"

"Aku takkan pergi selagi kau tak jawab soalan aku, ostajah!" Syiffa mengukir sengih cheeky, tidak dicapainya tangan Fara.

"Yes, your majesty. Benda apa yang takleh tunggu sangat ni?"

"Eh duduk lah kejap"

"Demand betul lah future philosopher seorang ni" Balas Fara lalu terus duduk bersimpuh di sisi Syiffa. "Apa?"

"Aku nak tanya kau.." mula Syiffa. "Apsal kau ambil wudhu eh tadi? Kita kan baru Asar. Solat sunat pula kan haram waktu sekarang ni. Nak kata ibadat-ibadat lain, kita kan nak hurry pergi bus station Shahab Perdana sekarang. So, asal kau ambil wudhu?

"Itu je kau nak tanya?!" Fara menepuk dahinya dan memandang ke atas.

"I'm a future philosopher. Not a second will pass without me being curious. Cepatlah jawab"

"Aku saja je testing pili air kat Aloq Setaq ni"

"Tak lawak langsunglah fawahhh"

"Ok, sebab aku dah batal wudhu' tadi"

"Jadi kau nak spare untuk Maghrib lah?"

"Eh tak lah, aku nak spare untuk Subuh esok. Ish kau ni, mesti lah tak."

"Habis tu?"

"Banyak tanya la kau ni Syiffosaurus"

"Soalan aku yang pertama pun kau tak jawab lagi Faropotamustus"

"Since when wudhu itu untuk solat saja? Kan Rasulullah galakkan kita sentiasa dalam keadaan wudhu"

"Oh ya. kau mengingatkan aku''

"Besar hikmahnya berada dalam keadaan wudhu ni. Kita lebih mudah untuk mendirikan solat sunat, lebih mudah untuk membaca dan memegang Al Quran & seterusnaya lebih mudah untuk kita ingat Allah swt. Also realizing yang kita ada wudhu, kita akan lebih memelihara diri daripada  melakukan dosa-dosa. Kita juga akan sentiasa memelihara diri kita dan pakaian kita dari terkena najis.

"Pergaulan kita sesama yang bukan mahram pun akan terpelihara. Hatta, ikhtilat dapat dijauhkan. Kita juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan kita sebab kalau kita makan benda yang haram, pun boleh batal wudhu." sambung Farah

"I see. Tapi kan, isn't it quite hard for us muslimah untuk sentiasa memperbaharui wudhu'?"

"Maksud kau?"

"I mean, kau tahulah. kita ni dengan handsocknya dengan stokinnya dengan tudung nya, anak tudungnya, sepupu cucu cicit tudung. pin itu, pin ini. Blerggh. Susah la geng."

Farah tersenyum.

"Syiffa...biarlah kita susah di dunia. jangan susah di akhirat kelak. kalau kita susah sedikit di dunia. In shaa Allah di akhirat kelak kita akan senang. percayalah"

Syiffa tersenyum.

"Sebenarnya kan, ada satu lagi sebab kenapa aku mahu sentiasa dalam wudhu."

"kenapa?"

"Mati"

"Mati? wudhu? apa kaitan? Yang aku tahu bila kita mati orang wudhukan kita."

"Aku nak mati dalam keadaan wudhu. Aku tak tahu waktu aku mati nanti, aku dah bersih dari dosa atau masih bercela sana sini. Tapi kalaupun aku mati kotor berdosa. nauzubillah, atleast aku mati bersih berwudhu. Wudhu reminds me of death."

"Perfect. I got your point now. Ok jom lah, dah lambat" Syiffa bangun.

"Eh Puteri Gunung Ledang, kau pulak yang kalut. Tadi kemain nak interview aku lah apa"

Syiffa tak membalas. Langkahnya laju menuju ke pintu masjid.

"Syiffaaaaaaaaaaarghhhhh!"

"Kau bawa turun barang aku. aku tunggu kau kat bawah. aku nak ambil wudhu jap! Japgi kang lambat" balas syiffa dari jauh.

Farah tersenyum. Alhamdulillah, hatinya membisik.


Nota kaki: Sebenarnya banyak lagi kelebihan berada dalam keadaan wudhu ini. Sangat banyak. Jom cuba sentiasa  berada dalam keadaan berwudhu. Anyoung! :-)

No comments:

Post a Comment

Jangan lupa tinggalkan coment anda disini ye! thankyou :-*