Tiga tetamu Misteri.




In the Name of Allah the Most Gracious and the Most Merciful.
Bismillahirrahmanirrahimmmmm.


                Secara jujurnya aku memang dah lama tak update new post dalam blog ni. kasi FUHHHHHH sikit hahaha banyak betul habuk. hahaha so watsupppp! Harini aku akan share sebuah cerita yang bertajuk 

''Tiga tetamu Misteri''


Lets get started!


______________________________________________________

         Seorang isteri tinggal dirumahnya bersendirian. Suami dan anaknya pergi bekerja di kebun berdekatan.

            Sedang dia sibuk menyediakan makanan tengahari, datang tiga orang tetamu yang begitu tua memberi salam di hadapan rumahnya.

        Setelah menjawab salam, dia berkata ''Saya tidak dapat menjemput tuan-tuan masuk ke dalam rumah, kerana suami saya tiada. Sudikah tuan tuan duduk di halaman sementara menunggu suami saya pulang?''

       Salah seorang daripada mereka berkata ''Tidak mengapa, biar kami menunggu di luar.''


       Sejurus si suami pulang, mereka bersalaman dan para tetamu itu memperkenalkan diri.
''Saya KEKAYAAN'' kata lelaki pertama.
''Saya KEJAYAAN'' kata lelaki kedua.
''Dan saya KASIH SAYANG'' ujar lelaki tua yang terakhir.

                 Si lelaki menjemput para tetamunya masuk. Namun, yang paling tua antara mereka berkata ''Hanya seorang sahaja daripada kami yang boleh masuk.''

     ''Jadi kami terpaksa memilih antara kamu bertiga?''

    ''Ya.'' jawab mereka.

   ''Tunggu kami berunding terlebih dahulu'' pinta tuan rumah.

     ''Kita pilih KEKAYAAN'' cadang si isteri. ''Semoga rumah kita akan dilimpahi kekayaan.dengan kekayaan kita boleh mendapat apa sahaja yang kita dambakan selama ini.''

      ''Tidak'' kata si ayah. ''Apa kata kita pilih KEJAYAAN. Apabila kita kaya pasti kita akan dapat harta. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi.''

   ''Ayah...Ibu.. saya cadangkan kita pilih KASIH SAYANG.'' kata si anak.

''Biarlah kita hidup seperti hari ini. Hidup sederhana tetapi ia penuh dengan kasih sayang. Saya gembira dan amat bahagia bila ayah dan ibu saling berkasih sayang dan menyayangi saya.........''

          Kedua-dua suami isteri itu tersentak dengan pandangan si anak yang begitu murni.

   ''Baiklah, kita akan jemput kasih sayang masuk ke dalam rumah kita.''

         ''Tuan-tuan yang dihormati, kami mengambil keputusan untuk menjemput pakcik Kasih Sayang sebagai tetamu. Kami mohon maaf kerana menolak tuan kejayaan dan kekayaan, kerana itu jualah yang tuan-tuan minta.''

            Maka tetamu kasih sayang masuk ke dalam rumah mereka, namun diiringi oleh kedua-dua orang tua yang lain. Tuan rumah terkejut melihat ketiga-tiga masuk ke dalam rumah.

      ''Eh, maafkan saya! mengapa tuan-tuan semua masuk. Bukan kan kami hanya memilih Kasih Sayang?''

             ''Anakku, jika engkau menjemput kasih sayang, bererti kau juga menjemput kejayaan dan kekayaan. Sudah menjadi perinsip kami, kami akan pastikan kemana sahaja kasih sayang pergi, kami akan mendampinginya.''

      Mendengar yang demikian, lelaki, isteri dan anaknya tersenyum gembira.

 
Alhamdulillah.....


          So, Moral of this story is.. Keluarga yang berkasih sayang mempunyai segala kebaikan. Dengan kasih sayang, In sha Allah kejayaan dan kekayaan akan menyusul. Jika bukan kekayaan harta, mereka akan meraih kekayaan jiwa atau lebih daripada itu, mereka akan memperoleh kedua-duanya sekali iaitu KAYA HARTA, KAYA JIWA!



Semoga post saya hari ini dapat memberi manfaat kepada pembaca! In sha Allah :)

4 comments:

  1. Wah. . post yang menarik!

    ReplyDelete
  2. Salam, dh lama saya tunggu new post blog awk.. Hihi akhirnya.papepun best sangat!

    ReplyDelete
  3. Hehe terima kasih syukran jazilan :)

    ReplyDelete
  4. Awsomeewwwww;DDD

    ReplyDelete

Jangan lupa tinggalkan coment anda disini ye! thankyou :-*